Pages

Saturday, 3 March 2018

11 TIPS TERBAIK PENJAGAAN BATERI HANDPONE..!!!



11 TIPS MENJAGA BATERI HANDPHONE ! | Beteri mudah rosak terlalu biasa berlaku bagi pengguna telefon bimbit. Mengapa ianya berlaku? Jom baca dibawah.

 Batery phone...sememangnya menentukan jangka masa sesebuah phone bertahan...



1. Cas pertama kali mesti full 

Apa pun jenis bateri handphone, proses mengecas untuk kali pertama sangat penting dalam menentukan usia bateri. Ini kerana apabila kita mengecas bateri, seluruh sel dalam handphone berfungsi; maka disebabkan itulah cas untuk kali pertama disarankan waktunya lebih panjang (seperti disyorkan).

Perlu diingat bahawa pengecasan pertama bateri selama 8 jam adalah konsep yang tidak benar buat masa kini. Pengecasan bateri selama 8 jam adalah diperlukan untuk handphone model lama yang menggunakan bateri jenis Ni-Mh atau Ni-Cd.

Untuk bateri jenis Lithium (kebanyakan handphone sekarang guna bateri jenis ni), tempoh pengecasan pertama selama 3 jam sudah cukup. Paling lama pun 4 jam. Dan sepatutnya jika pertama kali menggunakan handphone baru, anda kena gunakannya sehingga habis bateri, kemudian barulah dicas selama 3-4 jam.

2. Pastikan kuasa bateri kosong sepenuhnya sebelum dicas 

Pastikan bateri dalam keadaan kosong sebelum diisi. Ini adalah menghindari memory effect ketika menggunakan bateri baru. Biasanya bateri hendaklah berada dalam keadaan tidak terlalu kosong, kerana bateri baru sudah boleh digunakan untuk menghidupkan handphone meski pun ia tidak mempunyai kekuatan tenaga yang lama . Bagi mengosongkan bateri anda hendaklah menghidupkan handphone sampai low batt.

Namun bateri yang digunakan handphone zaman sekarang adalah jenis Lithium ion adalah lebih baik dari jenis Nikel Cadmium ketika mula-mula keluaran awal handhphone kerana ada dead memori. Bateri jenis Nikel Cadmium ini perlu dipastikan bateri habis caj ini sebelum dicajkan semula berbeza bateri Lithium ion boleh caj bila-bila masa sahaja. 

3. Jimatkan penggunaan bateri handphone dengan mematikan features yang jarang digunakan 


Anda harus ingat bahawa bateri handphone anda ada umur berdasarkan kitar hayat pengecasannya. Semakin banyak anda menggunakan kuasa bateri anda, maka semakin kerap anda perlu mengecas bateri berkenaan, bererti kitar hayat cas bateri handphone anda akan cepat habis. Untuk mengelakkan hal tersebut, anda perlu berjimat dengan mematikan features yang tidak atau jarang anda gunakan.

Ada beberapa features yang banyak menggunakan tenaga yang biasa terdapat dalam handphone canggih/smartphone, yang terkadang kita sendiri tidak begitu sedar kewujudannya, namun tetap aktif meskipun kita tidak ingin menggunakannya seperti Bluetooth, Wi fi, 3G, push email, WIFI scanning, background application dan lain-lain. Disable features tersebut jika ia tidak digunakan. Mengurangkan brightness skrin handphone dapat memanjangkan jangka hayat bateri. 

4. Jangan biasakan menelefon sambil mengecas handphone anda 


Ini juga termasuk kebiasaan buruk beberapa pengguna handphone. Selain tidak baik untuk kesihatan (kerana ketika mengecas tahap radiasi dan suhu bateri bertambah), menelefon sambil mengecas handphone juga akan menggunakan kuasa bateri, sehingga secara tidak disedari, ini akan memanjangkan proses pengisian tenaga di dalam bateri.

5. Off handphone ketika mengecas 


Biasakan untuk mematikan handphone atau sekurang-kurangnya mematikan vibrate features ketika sedang mengecas. Mematikan handphone ketika mengecas adalah tindakan yang bijak, Ini kerana ketika handphone ON, arus elektrik yang keluar masuk akan merosakkan molekul dalam bateri bateri akibat daripada penambahan beban pada proses kimia dalam bateri. 

6. Jangan sesekali terlebih tempoh cas bateri 


Ini juga salah satu kebiasaan buruk yang sering dipraktikkan. Terkadang kita malas atau lupa untuk segera menghentikan proses mengecas, walaupun sebenarnya bateri handphone kita sudah penuh. Paling dahsyat, kita biasanya suka melakukan proses mengecas ketika hendak tidur. Proses mengecas normal untuk bateri modern biasanya sekitar 2-4 jam, bila kita membiarkannya semalaman dalam kondisi cas (anggap kita tidur sekitar 6 jam), maka bateri akan mengalami “overcharge” selama 2–3 jam, dan ini bukanlah baik untuk bateri kita. “Overcharging” bateri adalah salah satu pembunuh tersembunyi yang dapat mempercepat kematian umur bateri.

7. Jangan menelefon dalam keadaan bergerak 


Menerima atau membuat panggilan dalam kenderaan memerlukan tenaga yang tinggi. Ini kerana handphone berusaha untuk mencari signal dari BTS yang terdekat. Aktiviti inilah yang memakan tenaga bateri yang banyak. Apatahlagi jika anda menggunakan sambungan internet dalam keadaan bergerak.

8. Jangan letak handphone anda di tempat yang panas 

Suhu udara yang panas adalah musuh utama setiap komponen gadget/peralatan elektronik. Baik panas atau sejuk yang berlebihan boleh merosakkan komponen tersebut, termasuk juga bateri handphone. Tertinggal di dalam kereta di cuaca panas terik, bermakna anda perlu bersedia untuk beli bateri baru. 

9. Gunakan charger yang original 


Charger yang original direka dengan aliran arus yang sesuai untuk mengecas bateri handphone tersebut. Charger orang lain atau menggunakan charger yang tidak sesuai akan mempengaruhi aliran daya ke bateri dan dalam jangka panjang boleh merosakkannya. 

10. Elakkan cas handphone dalam kereta 

Ketika mengecas handphone dalam kereta, kita menggunakan port pemetik api sebagai sambungan. Voltage pada kereta sangatlah tidak stabil, terutama ketika kenderaan sedang berjalan dan menyebabkan arus yang masuk ke dalam bateri juga tidak stabil. Maka apabila anda selalu mengecas dalam kereta, komponen bateri akan mudah rosak.

11. Bersih itu asas kesihatan 

Pastikan bateri handphone anda sentiasa bersih daripada habuk dan bendasing yang tidak diingini. 

0 comments:

Post a Comment